Monday, June 22, 2009

LAWATAN KE TLDM LUMUT, PERAK


Walaupun lawatan ni dah lame berlalu, tp sebagai satu tatapan dan kenangan kepada semua ahli2.. Maka dipublishkan program ni.. Best tau.. Ni la program pertama kelab yang agak mencabar perjalanannya.. Smua cubaan.. Smua masih mentah lagi time tu.. Tp Alhamdulillah berjalan lancar.. Dan berjaya sampai target..


Tujuan Program

Menjadikan remaja yang produktif dan mempunyai gerak kerja yang bermatlamat

Menarik minat remaja untuk bergerak aktif dalam kumpulan

Menggalakkan remaja menceburi aktiviti-aktiviti yang berfaedah


Objektif Program

Melahirkan insan cemerlang, terbilang dan berdisiplin.

Membentuk diri remaja supaya lebih berdisiplin dan berkeperibadian unggul.

Untuk membentuk individu yang mampu memimpin dan boleh dipimpin.

Kepentingan Program

Mendedahkan kepada pelajar tentang prospek kerjaya sebagai TLDM.

Mengetahui dengan lebih jelas cara-cara pengendalian kapal perang dan merasai sendiri pengalaman tersebut.





Seramai 31 orang peserta Kelab Remaja(YKSM) telah mengikuti lawatan sambil belajar ke TLDM Lumut, Perak pada 7 dan 8 Jun 2008. Pada 7 jun 2008,kami bertolak daripada Bandar Tasik Puteri tepat jam 5.00 pagi. Dalam perjalanan menuju ke TLDM Lumut Perak, aktiviti pertama dijalankan di dalam bas ialah patung beracun. Pelbagai aksi spontan yang menarik dapat dilihat dalam aktiviti ini. Ade yang kene berlakonla.. Macam2..


Bas tiba ke destinasi tepat jam 9.00 pagi dan kami telah disambut oleh salah seorang anggota TLDM daripda KD Malaya yang bernama Leading Salleh. Dalam perjalanan ke KD Pelandok,Leading Salleh memberikan sedikit sebanyak penerangan mengenai kedudukan pangkalan serta penerangan mengenai fakulti-fakulti, tempat2 latihan tentera laut, penempatan keluarga anggota, hospital tentera dan sebagainya. Pendek kata,dalam pangkalan telah tersedia lengkap segala kemudahan, seakan-akan sebuah bandar kecil. Kawasannya agak luas. Lagi indah ade pemandangan laut.


Seterusnya, beliau terus membawa kami menuju ke KD Pelanduk yang diberi nama Tangkas. Di sana kami telah meluangkan masa selama lebih kurang satu jam untuk menyaksikan bagaimana pengendalian Simulator Fire Fighting serta Simulator Bridge dikendalikan. Pelajar-pelajar yang menyertai lawatan ini kelihatan begitu teruja dan banyak maklumat dapat diambil di Tangkas ini.


Lebih kurang jam 10.30 pagi, kami bergerak menuju ke KD Pelanduk yang diberi nama WASPADA. Di sini kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan mendapat penerangan daripada Leftanan Zamani serta beberapa orang anggotanya. WASPADA adalah simulator kapal perang yang canggih dimana kami diajar bagaimana untuk mengendalikan arah, hala tuju dan signal-signal yang dilakukan oleh tentera-tentera laut semasa berada di dalam kapal. Setiap peserta diberi peluang untuk merasai bagaimana mengendalikan kapal perang. Perasaan kagum para peserta dapat dilihat apabila mereka dapat melihat keadaan sabenar di atas kapal perang tersebut. Ini adalah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh peserta-peserta Kelab Remaja. Kami juga dibawa ke simulator kapal-kapal kecil serta sebuah bilik khas untuk mengatur stratergi peperangan di laut. Kami berada di situ lebih daripada dua jam dan dapat menimba terlalu banyak ilmu yang kami rasa terlalu berharga. Bukan mudah untuk dapat pengalaman macam ni.


Seterusnya, kami dibawa pula ke galeri-galeri Panglima tentera laut. Di situ kami dapat melihat pelbagai pingat-pingat penghargaan yang telah dianugerahkan kepada bekas-bekas Panglima tentera laut. Kami juga dapat membeli ole-ole yang berbentuk “keychain”, t-shirt dan sebagainya.


Perjalanan kami diteruskan lagi dengan melawat Skuadron 501 iaitu skuadron yang menempatkan anggota-anggota bahagian penerbangan TLDM. Di sini kami diberi penerangan tentang kecanggihan helikopter-helikopter yang dimiliki oleh TLDM. Kami juga berpeluang untuk menyaksikan anggota-anggota TLDM mengendalikan penerbangan dan pendaratan secara 'real'. Sangat menarik dan memang pengalaman yang betul2 berharga.


Acara lawatan di TLDM ini tamat pada jam 3.00 petang dan kami berangkat ke tempat penginapan lebih kurang dua puluh minit perjalanan. Peserta-peserta diberi sedikit taklimat untuk program-program seterusnya apabila sampai ke Lumut Villa In. Peserta-peserta diberi rehat dan kendiri untuk persediaan program pada sebelah malam. Program malam tu bermula pada jam 8.00 malam, di mana para peserta berkumpul untuk mengadakan program “Gala night”. Antara program malam tu adalah pemilihan peserta terbaik dan kumpulan terbaik serta pengisian ibadah yang berbentuk Islamiah seperti burung hantu, ketahanan mental dan pengembaraan ke Alam Barzakh. Program berakhir tepat jam 2.00 pagi. Program burung hantu marupakan program yang dibuat untuk peserta2 merasai bagaimana keadaan ketika berseorangan dalam waktu yang gelap dan keadaan di dalam hutan. Manakala program ala barzakh merupakan progran keinsafan diri.


Keesokan harinya peserta2 dibawa ke pantai Teluk Batik untuk menjalankan sukan futsal pantai. Syarat permainan ni, yang perempuan dikehendaki memakai kain batik dan yang lelaki dikehendaki memakai kain pelikat ketika bermain futsal.


Alhamdulillah program lawatan berjalan lancar dan semua peserta2 gembira dengan pengalaman berharga






















No comments: