Wednesday, October 28, 2009

MESYUARAT AJK KELAB REMAJA..

Salam'alaik...

Perhatian kepada semua AJK tertinggi KELAB REMAJA..

Satu mesyuarat akan diadakan bagi penyusunan program yang akan diadakan pada hujung tahun ini.. Maklumat adalah seperti berikut:

Tarikh: 29Oktober 2009 (Khamis)
Masa: 4 petang
Tempat: Blok 29 (Rumah Umie)

Segala kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih..

Monday, September 14, 2009

Pemergian Seorang Ahli kelab Remaja..

Beberapa hari yang lepas, salah seorang ahli Kelab Remaja yang merupakan juga AJK Kelab telah meninggal dunia kerana kemalangan yang berlaku di Bandar Tasik Puteri..

Allahyarham tersebut bernama Fazli.. Allahyarham telah koma selama 2 hari dan menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Kepada sahabat-sahabatnya, sama-samalah kita doakan semoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang bertakwa.. Semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ini.. Allah lebih sayangakan Fazli..

~Al-Fatihah~

Saturday, August 8, 2009

Penangguhan aktiviti disebabkan H1N1..

Salam muhibbah kepada semua ahli2 yang dikasihi..

Dimaklumkan kepada semua bahawa segala aktiviti2 luar yang berkaitan akan ditangguhkan buat sementara waktu disebabkan penularan H1N1 yang semakin meningkat..

Jd, segala aktiviti terdekat ini yang dirancang, ditangguhkan supaya dapat menghindari dari perkara yang tidak diingini berlaku.

Diingatkan kepada semua ahli yang dikasihi, sentiasalah berwaspada dengan keadaan.

* Segeralah buat pengesahan kesihatan jika ada tanda2 yang tidak diinginkan pd diri.
* Banyakkan minum air.
* Kurangkan aktiviti luar.
* Sentiasa pakai mask. 'Mencegah itu lebih baik dari mengubati'.
* Sentiasa dalam keadaan wudhuk kerana banyak khasiat pd wudhuk.
* dan yang penting adalah berdoa supaya dijauhkan dari perkara yang tidak diingini..

Diharap kepada semua bersabar. Jaga diri anda dan sentiasa alert dengan keadaan..

-Didoakan mudahan semua dalam keadaan baik..

Sunday, August 2, 2009

Draf program yang akan disusuli..

Beberapa program telah dirancang dan dalam proses untuk memproses.. (betul ke ayat tu?? hehe)

Okay, di sini akan dinyatakan beberapa program tahunan yang akan berlangsung sebagai satu information kepada ahli2 yang sentiasa nak tahu..

Akhir tahun..

1. Kem kepimpinan dan pengurusan selama 4 hari 3 malam
2. Pengembaraan ke Gua Tempurung selama 3 hari 2 malam

Pertengahan tahun 2010..

Karnival Kelab Remaja dan expo pendidikan..
-InsyaAllah karnival ni kita akan buat bagi seluruh Bandar TP..

* Segala makluman akan dimaklumkan dari semasa ke semasa..
* Tentatif program akan dilampirkan kemudian..

Friday, July 24, 2009

Gerhana Matahari 22Julai 2009

Ahli2, jom jejak Gerhana!!

Cerapan Gerhana ni dibuat di Taman Rekreasi Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung). Unit Falak (UDM) telah menyertai program cerapan gerhana anjuran bersama Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Terengganu, Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)..

Program cerapan ni bermula jam 8 pagi tetapi awan tebal menghalang cerapan peringkat awal gerhana yang bermula jam 8.24 pagi. Gerhana mula dapat disaksikan jam 9.16 pagi, yang sudah melepasi detik maksimum jam 9.08 pagi. Cerapan dirakam menggunakan Astrovid Stellacam melalui teleskop GOTO (F=660mm) dengan penapis filem hitam putih (x-ray) selepas penapis lain (mylar dan polimer) tidak dapat digunakan sebab faktor awan.

Gambar2 yang kat bawah ni menunjukkan sebahagian fasa gerhana yang berlaku..
Jom kite lihat..



Friday, July 17, 2009

kecantikan lelaki.. kegagahan perempuan..

"KECANTIKAN LELAKI"....

"kecantikan seorang lelaki"
bukan kepada rupa fizikal,
tetapi pada murni rohani.
LELAKI YANG CANTIK...

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa,
"kecantikan lelaki" berdiri di atas kemuliaan hati,
seluruh kecantikan yang ada pada MUHAMMAD yang ummiy.
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.""


...KEGAGAHAN WANITA...

"kegagahan seorang wanita"
bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan,
PEREMPUAN YANG GAGAH.....

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan,
Adalah perempuan berdiri di atas teguh iman,
"seluruh kegagahan ini ada pada KHADIJAH yang ehsan..
adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan..."


Sunday, July 12, 2009

Hebahan Maklumat Awalan..


Assalamualaikum kepada semua..

Untuk maklumat awalan, KELAB REMAJA akan mengadakan gotong royong dengan kerjasama bersama Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri..

Tarikh, tempat dan waktu akan dimaklumkan kemudian..
Sila alert dengan perkembangan semasa..

Sekian..

"Ke arah Remaja Berwawasan"


Friday, July 10, 2009

12 Sifat SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu


2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu


3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu


4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik


5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu


6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya


7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya


8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu


9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)


10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.


12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

Tuesday, June 23, 2009

Hebahan Program..


Motivasi Diri Kelab Remaja


Tempat:
Pusat Tusyen Integrasi Sinaran (PTIS), Medan Puteri
Tarikh:
28 Jun 2009
Masa:
9a.m – 11a.m
Tiada Bayaran Untuk Peserta

Terhad kepada 40 orang sahaja

Monday, June 22, 2009

LAWATAN KE TLDM LUMUT, PERAK


Walaupun lawatan ni dah lame berlalu, tp sebagai satu tatapan dan kenangan kepada semua ahli2.. Maka dipublishkan program ni.. Best tau.. Ni la program pertama kelab yang agak mencabar perjalanannya.. Smua cubaan.. Smua masih mentah lagi time tu.. Tp Alhamdulillah berjalan lancar.. Dan berjaya sampai target..


Tujuan Program

Menjadikan remaja yang produktif dan mempunyai gerak kerja yang bermatlamat

Menarik minat remaja untuk bergerak aktif dalam kumpulan

Menggalakkan remaja menceburi aktiviti-aktiviti yang berfaedah


Objektif Program

Melahirkan insan cemerlang, terbilang dan berdisiplin.

Membentuk diri remaja supaya lebih berdisiplin dan berkeperibadian unggul.

Untuk membentuk individu yang mampu memimpin dan boleh dipimpin.

Kepentingan Program

Mendedahkan kepada pelajar tentang prospek kerjaya sebagai TLDM.

Mengetahui dengan lebih jelas cara-cara pengendalian kapal perang dan merasai sendiri pengalaman tersebut.





Seramai 31 orang peserta Kelab Remaja(YKSM) telah mengikuti lawatan sambil belajar ke TLDM Lumut, Perak pada 7 dan 8 Jun 2008. Pada 7 jun 2008,kami bertolak daripada Bandar Tasik Puteri tepat jam 5.00 pagi. Dalam perjalanan menuju ke TLDM Lumut Perak, aktiviti pertama dijalankan di dalam bas ialah patung beracun. Pelbagai aksi spontan yang menarik dapat dilihat dalam aktiviti ini. Ade yang kene berlakonla.. Macam2..


Bas tiba ke destinasi tepat jam 9.00 pagi dan kami telah disambut oleh salah seorang anggota TLDM daripda KD Malaya yang bernama Leading Salleh. Dalam perjalanan ke KD Pelandok,Leading Salleh memberikan sedikit sebanyak penerangan mengenai kedudukan pangkalan serta penerangan mengenai fakulti-fakulti, tempat2 latihan tentera laut, penempatan keluarga anggota, hospital tentera dan sebagainya. Pendek kata,dalam pangkalan telah tersedia lengkap segala kemudahan, seakan-akan sebuah bandar kecil. Kawasannya agak luas. Lagi indah ade pemandangan laut.


Seterusnya, beliau terus membawa kami menuju ke KD Pelanduk yang diberi nama Tangkas. Di sana kami telah meluangkan masa selama lebih kurang satu jam untuk menyaksikan bagaimana pengendalian Simulator Fire Fighting serta Simulator Bridge dikendalikan. Pelajar-pelajar yang menyertai lawatan ini kelihatan begitu teruja dan banyak maklumat dapat diambil di Tangkas ini.


Lebih kurang jam 10.30 pagi, kami bergerak menuju ke KD Pelanduk yang diberi nama WASPADA. Di sini kami dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan mendapat penerangan daripada Leftanan Zamani serta beberapa orang anggotanya. WASPADA adalah simulator kapal perang yang canggih dimana kami diajar bagaimana untuk mengendalikan arah, hala tuju dan signal-signal yang dilakukan oleh tentera-tentera laut semasa berada di dalam kapal. Setiap peserta diberi peluang untuk merasai bagaimana mengendalikan kapal perang. Perasaan kagum para peserta dapat dilihat apabila mereka dapat melihat keadaan sabenar di atas kapal perang tersebut. Ini adalah satu pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh peserta-peserta Kelab Remaja. Kami juga dibawa ke simulator kapal-kapal kecil serta sebuah bilik khas untuk mengatur stratergi peperangan di laut. Kami berada di situ lebih daripada dua jam dan dapat menimba terlalu banyak ilmu yang kami rasa terlalu berharga. Bukan mudah untuk dapat pengalaman macam ni.


Seterusnya, kami dibawa pula ke galeri-galeri Panglima tentera laut. Di situ kami dapat melihat pelbagai pingat-pingat penghargaan yang telah dianugerahkan kepada bekas-bekas Panglima tentera laut. Kami juga dapat membeli ole-ole yang berbentuk “keychain”, t-shirt dan sebagainya.


Perjalanan kami diteruskan lagi dengan melawat Skuadron 501 iaitu skuadron yang menempatkan anggota-anggota bahagian penerbangan TLDM. Di sini kami diberi penerangan tentang kecanggihan helikopter-helikopter yang dimiliki oleh TLDM. Kami juga berpeluang untuk menyaksikan anggota-anggota TLDM mengendalikan penerbangan dan pendaratan secara 'real'. Sangat menarik dan memang pengalaman yang betul2 berharga.


Acara lawatan di TLDM ini tamat pada jam 3.00 petang dan kami berangkat ke tempat penginapan lebih kurang dua puluh minit perjalanan. Peserta-peserta diberi sedikit taklimat untuk program-program seterusnya apabila sampai ke Lumut Villa In. Peserta-peserta diberi rehat dan kendiri untuk persediaan program pada sebelah malam. Program malam tu bermula pada jam 8.00 malam, di mana para peserta berkumpul untuk mengadakan program “Gala night”. Antara program malam tu adalah pemilihan peserta terbaik dan kumpulan terbaik serta pengisian ibadah yang berbentuk Islamiah seperti burung hantu, ketahanan mental dan pengembaraan ke Alam Barzakh. Program berakhir tepat jam 2.00 pagi. Program burung hantu marupakan program yang dibuat untuk peserta2 merasai bagaimana keadaan ketika berseorangan dalam waktu yang gelap dan keadaan di dalam hutan. Manakala program ala barzakh merupakan progran keinsafan diri.


Keesokan harinya peserta2 dibawa ke pantai Teluk Batik untuk menjalankan sukan futsal pantai. Syarat permainan ni, yang perempuan dikehendaki memakai kain batik dan yang lelaki dikehendaki memakai kain pelikat ketika bermain futsal.


Alhamdulillah program lawatan berjalan lancar dan semua peserta2 gembira dengan pengalaman berharga






















Thursday, June 18, 2009

Hebahan Program Kelab Remaja...

'OPEN DAY' BERSAMA KELAB REMAJA


Sukacita dimaklumkan bahawa KELAB REMAJA BANDAR TASIK PUTERI akan mengadakan hari terbuka. Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh:

21 Jun 2009 (Ahad)

Masa:

8 pagi

Tempat:

Padang Blok 27A

Tujuan diadakan riadhah ini bagi memperkenalkan Kelab Remaja kepada umum, mengeratkan silaturrahim dan untuk melantik ahli jawatankuasa Kelab.


-Pelbagai acara dan sukan yang akan diadakan dan hadiah menarik disediakan

-Antaranya pertandingan bola sepak, bola jaring, ‘Explorace’, mumia, tarik tali, music chair langkah bata dll.

-Penyertaan sebagai Ahli Kelab Remaja dibuka dan anda akan menerima pelbagai keistimewaan.

-Pelbagai penyertaan kem & program adalah melalui kelab dan diberi keutamaan kepada AHLI.

-Anda dijemput hadir bagi memeriahkan suasana disamping mengisi masa remaja dengan perkara yang berfaedah dan merasai pelbagai pengalaman menarik.



Kem Remaja memberi satu pengalaman yang MANIS..


Laporan Kem Remaja di Kem Rimba Tamu



Kelab Remaja..


Suasana tapak kem


Seramai 27 orang peserta telah mengikuti kem Remaja termasuk 2 orang guru pengiring dan seorang pembantu guru. Guru pengiring tersebut adalah Su sendiri (Suhaila) dan Puan Rozana, turut dibantu oleh Mohd Imran. Tp kami jugakla yang jadi Fasilitator pd peserta2. Peserta tersebut adalah dari kalangan ahli kelab Remaja Rawang, Selangor dan bergabung dengan Rakan Muda. Setelah berhempas pulas menganjurkan satu kem untuk remaja2, akhirnya kem ini berjaya dijalankan.


Peserta baru tiba di tapak kem..

Berikut adalah rentetan sepanjang kem dijalankan:

Jumaat (29 Mei 2009)

4.30pm : Berkumpul di Pusat Kelab Remaja beroperasi
5.30pm: Bertolak ke tapak kem
6.30pm: Sampai di tapak kem/ taklimat
7.30pm: Solat Maghrib/ khidmat diri/ makan malam
9.00pm: Asas Bantuan Kecemasan (Bantu Mula)
10.30pm: Minum malam
11.00pm: Mafia game
12.00am: Night walk

Pada hari Jumaat, peserta bertolak ke tapak kem dengan menaiki trak askar. Sebanyak 2 buah trak askar yang digunakan sebagai pengangkutan ke sana. Ini adalah cabaran pertama untuk peserta supaya lebih lasak. Tapi, semua peserta gembira dengan pengalaman pertama ni. Almaklumla, kali pertama naik trak askar. Agak teruja! Masing2 bersorak riang. Naik kecoh jugak trak tu. Satu Bandar Tasik Puteri kecoh dek budak2 ni. Dah sampai ke tapak kem, kami disambut oleh pengurus kem. Di situlah bermulanya cabaran. Malam tu, aktiviti yang dinantikan adalah night walk. Macam2 reaksi dapat lihat. Ade yang syok, besorak. Ade yang muke pucat macam mayat. Terjerit2 masuk hutan. Mane taknye, dilepaskan dalam hutan, then kene balik ke tapak khemah sorang2. Itu untuk menguji keberanian seseorang.

Sabtu (30 Mei 2009)

5.30am: Persiapan diri/ solat dan kuliah Subuh
6.50am: Senaman pagi (Aerobic)
8.00am: Sarapan pagi
9.00am: Jungle tracking dan merentas halangan
12.30pm: Makan tengah hari/ solat Zohor
2.00pm: Game 5 section (Penyelesaian masalah)
4.30pm: Minum petang/ solat Asar
5.00pm: River crossing dan water confident
7.00pm: Makan/ solat maghrib dan Isyak/ kuliah
9.00pm: Perbincangan kumpulan
10.30pm: Minum malam
11.00pm: Terapi dalam kolam air panas

Haa.. Tibe mase untuk meredah hutan.. Jungle tracking! Aktiviti lasak dan mencabar ni.. Masuk hutan dari pukul 9 pagi, pukul 2 petang baru keluar. 4 jam dalam hutan tu.. Dah masuk hutan, smua diredah.. Bukit, gaung, curam Ade yang dah jadi tarzan pun ade. Perjalanan ke dalam hutan tu melalui perkampngan orang asli. Orang asli pun maju tau. Siap ade TV 29 inci lg tu. Ade yang pengsan sebab terjatuh dari pergantungan tali semasa nak turun dari bukit curam. Memang satu cabaran! Tp, ape yang membuatkan peserta2 ni seronok adalah bile tibenye time meredah sungai.. Haa.. Yang tu smua senyum sampai ke telinga. Pantang nampak air je, terus serbu macam semut serbu gula.. Arus sungai tu boleh tahanla jugak derasnye. Then, peserta2 ni kene merentas halangan pulak.. Yang paling menarik time peserta2 kene merangkak macam askar. Siap kene cium selut lagitu. Agak kelakarla. Malam tu pulak, agenda terakhir adalah berendam dalam kolam air panas. Lucu lihat gelagat budak2 ni. Sampaikan dalam kolam air panas tu pun boleh tidur. Penah sangat tuu. Hilangkan stress kononnye.. Hihi.. Kesian pulak su tengok..

Ahad (31 Mei 2009)

5.30am: Persiapan diri/ solat Subuh
6.50am: Senaman pagi (Aerobic)
8.00am: Sarapan pagi
9.00am: Trangtula dan flying fox
1.30pm: Makan tengah hari/ solat Zohor
2.00pm: Masakan dalam buluh
4.00pm : Majlis penutup
6.00pm: Sayonara

Hari Ahad adalah hari terakhir, Senaman pagi ni biasenye membosankan, tapi disebabkan dek telatah Tengku, jd happening plak.. Mcm2 gelagat ade.. Pagi tu, aktiviti yang ditunggu2 adalah Flying Fox. Slot ni yang budak2 suke. Xkurang jugak ade yang ketar lutut.. Nak xnak, kene naik jugak. Su pun nak cube jugak.. Hehe.. Tp, bile tibe time su je. Macam2 kene sakat. =( Budak2 ni nakal betul. Kalau ye pun nak bagi semangat, sebutla hal lain. Ni x, lain yang disebut. Too much! Kem akan datang kak su nak sakat korang plak. Pasni kak su nak jd guru pengiring dan fasi yang tegas pulak. No lembut2 lagi. Awas ye! Okay, lepas flying fox budak2 ni dibawak ke dalam hutan yang berhampiran dengan sungai. Haa.. Kat sini peserta2 kene masak dalam buluh. Stiap kumpulan diberikan beras, ubi kentang, telur, dan sardin. Mereka perlu masak kesemua makanan ni dalam buluh. Xmasak, xmakanla budak2 ni.. Time ni la nak lihat kepakaran memasak. Adakah nasi jadi bubur atau masak tapi mentah? Adakah telur masak jadi 5 suku? Adakan sardin tu dapat dimasak atau ikan sardin tu yang gelakkan korang? Haa.. Macam2 jenis ade. Hihi..

Lastly, majlis penutup. Ini yang membuatkan hati peserta jadi sedih nak tinggalkan kem. Tp, ade yang pandai menghidupkan suasana. Riuh pulak jadinya. Kak su respect ngan adik2 bimbingan kak su dan umie. Tak lupe jugak guru pengiring yang sentiasa bersama ngan su (su panggil umi). Kami sebagai guru pengiring dan fasi anda semua amat berbangga dengan pencapaian yang amat memuasakan dan perlakuan yang baik. Tahniah kak su ucapkan! Lepas ni kak su akan recommend satu lagi kem yang agak menarik. 4hari 2 malam. Kite akan buat di pulau. Kak Su sedang usahakan. Sabar ye adik2 KELAB REMAJA. =) Ape yang penting sekarang, focus pd program Qiamullail yang kak su dan umi akan buat xlame lagi dan program KARNIVAL KELAB REMAJA 2 minggu lagi. Get ready! Kak Su nak sume berjalan lancar tau. Jalankan tugas masing2 yang kak su dah aturkan tu.

OK.. Setakat tu saje serba sedikit coretan dan pengalaman. Harap pd smua AHLI2 KELAB REMAJA dapat menyumbagkan idea yang lebih bernas untuk membentuk jiwa remaja dan memenuhi mase remaja dengan perkara yang berfaedah.. Salam perjuangan.. =)


Antara ahli2 Kelab Remaja yang join kem.

.
Sesi mencipta logo kumpulan


Cabaran dalam slot Jungle Tracking.. Meredah sungai!!


Penat dik?? Haa.. Ni la cabaran bile dah masuk hutan tuu..


Ni la namenye budak2.. Dah jumpe air, xingat dunie dah..
Bile diberi peluang 10minit tu, mainla air puas2..


Saat kemuncak..